ASBABUN NUZUL
Dalam suatu riwayat, ada dikemukan bahawa Rasulullah merasa kurang sihat sehingga baginda tidak bangun untuk bersembahyang malam selama semalam atau dua malam. Kemudian datanglah seorang wanita berkata : " Hai Muhammad, aku melihat syaitanmu (maksud syaitan di sini ialah Jibril) telah pergi meinggalkan engkau." maka Allah SWT menurunkan ayat ini (Surah Adh-Dhuha : 93:1-3) yang menjelaskan bahawa Allah tidak akan membiarkan Muhammad dan tidak membencinya.
(Diriwayatkan oleh As- Syaikhani dan perawi lain dari Jundub)
Dalam riwayat lain, ada dikemukan bahawa Jibril tidak datang kepada Nabi Muhammad untuk beberapa lama. Berkatalah kaum Musyrikin :"Muhammad telah ditinggalkan." Maka turunlah ayat ini (Surah Adh-Dhuha :93:1-3) yang membantah ucapan-ucapan mereka.
(Diriwayatkan oleh Said bin Mansur dan al-Faryabi dari Jundub)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukankan bahawa rasulullah SAW telah berhari-hari tidak didatangi oleh Jibril. Berkatalah Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab : "Aku tidak membuat kesimpulan lain kecuali sahabatmu Jibril telah meninggalkanmu dan marah kepadamu." Maka penurunan ayat ini ( Surah Adh-Dhuha 93: 1-3) adalah untuk menolak tanggapannya.
(Diriwayatkan oleh Al-Hakim dari Zaid bin Arqam)
Dalam riwayat lain juga ada dikemukan bahawa seekor anak anjing telah masuk ke dalam rumah Rasulullah dan tinggal di bawah katilnya hingga mati. Selepas itu, Rasulullah tidak menerima wahyu selama empat hari. Rasulullah bersabda : "Hai Khaulah, apakahyang ada di rumahku ini sehingga Jibril tidak datang kepada ku." Khaulah menjawab : "Ketika aku membersihkan rumah dan menyapunya, aku telah tersapu seekor anak anjing yang telah mati di bawah katil, kemudian aku telah mengeluarkannya." Ketika itu aku melihat Rasulullah menggeletar kesejukan padahal baginda berjubah dan biasanya apabila turun wahyu baginda akan menggeletar. Maka pada waktu itulah turunnya ayat ini (Surah Adh-Dhuha: 93: 1-3)
(Diriwayatkan oleh At Thabarani dan Ibnu Abi Syaibah di dalam musnadnya dan Al-Wahidi dan perawi lainnya dengan sanad di antaranya terdapat seorang yang tidak dikenali dari Hafsah bin Maisarah Al-Qurasyi dari Ibnu Khaulah.
No comments:
Post a Comment